suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM79 Juta Telah Dibelanja Untuk Carian MH370 - Tiong Lai

Datuk Seri Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM79 juta dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 pada tahun 2014.

"Sehingga Disember 2014, kerajaan telah membelanjakan RM79,031,905.76 dalam operasi mencari penerbangan MH370," menurut satu jawapan bertulis daripada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai terhadap soalan yang dikemukakan  oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN- Padang Besar) di Dewan Rakyat, pada Selasa.

"Walau bagaimanapun, anggaran kos keseluruhan untuk misi carian tidak dapat ditentukan lagi kerana operasi mencari masih berjalan," jelas Tiong Lai.

Antara agensi yang terlibat dalam misi SAR adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Australia, China dan Amerika Syarikat adalah antara negara yang turut memberi sumbangan besar terhadap misi, yang juga menjadi misi carian yang terbesar dalam sejarah penerbangan.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam  perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Pada 29 Januari, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan kehilangan pesawat sebagai kemalangan.

Pesawat itu dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Artikel Lain