suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Kota Bharu Hormat Keputusan Tuan Ibrahim

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
PETALING JAYA: PAS bahagian Kota Bharu tidak bercadang untuk menamakan calon lain untuk bertanding menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dinamakan sebagai calon menolak untuk bertanding dalam pemilihan parti pada Jun.

"Kami tidak mahu untuk menyangkal (dengan menamakan calon lain)," kata Ketua PAS bahagian Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada The Star Online ketika dihubungi.

Beliau enggan mengulas mengenai keputusan Tuan Ibrahim menolak pencalonan tersebut.

"Menghormati pemimpin adalah budaya kami dan saya tidak mahu mengulas lebih daripada itu," katanya.

PAS bahagian Kota Bharu pada Isnin menamakan Tuan Ibrahim sebagai pencabar untuk jawatan presiden, dengan memberikan kesihatan Abdul Hadi sebagai alasan.

Walau bagaimanapun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu dengan berkata bahawa ia adalah satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti.

Katanya, dalam sejarah kepimpinan PAS jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan.

Artikel Lain