suria

44 Cedera Bas Rempuh Jejambat

GEORGE TOWN: Seramai 44 orang cedera apabila bas yang dinaiki mereka merempuh sebuah jejambat dekat Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, awal pagi Selasa.

Kemalangan itu menyebabkan bumbung bas tercabut.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.55 pagi.

"Kita berjaya mengeluarkan kesemua penumpang yang tersempit," katanya.

Kesemua mangsa sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain