suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Belas Kali Bulan Kembang



MEMORI MH370 yang dipaparkan mStar Online selepas setahun usia tragedi misteri ini dengan rendah hati ingin menghadiahkan catatan indah ini khas buat mangsa dan keluarga penumpang serta kru pesawat malang itu.

 

Dua belas kali bulan kembang

Selepas setahun, langit masih belum mahu terbuka

untuk memesrai kita. Dua belas kali bulan purnama
awan tetap enggan bercerita. Biru laut kekal 
bergumam dengan gelora tanda tanya. Misteri masih 
bergantungan antara keduanya.

Dua belas kali bulan mengambang, sepucuk surat
penawar duka pembasuh rusuh tetap enggan datang.
Lara tak terubat. ingin, cemas dan harap tetap 
berkampung di dalam dada. Angin tegar bermain teka-teki.

Setahun lalu - kami masih ingat itu - keliru
tiba-tiba menjadi ribut. Antara laut china selatan,
Laut andaman, selat melaka dan lautan hindi 
kita cuba menebak ombak. keangkuhan runtuh
dengan sebuah kehilangan. 

Antara debur ombak
dipecah karang, cinta dan ingat kami
tak pernah kurang.


Nukilan: Kalamutiara


MH370, MAS

Artikel Lain