suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memori MH370: Malaysia Komited Cari MH370, Harap Pesawat Dijumpai - PM

Najib Tun Razak.
PUTRAJAYA: Malaysia tetap komited dalam pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan berharap ia akan dijumpai, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata kehilangan MH370 tanpa sebarang kes dan usaha pencarian pesawat seumpamanya sebelum ini, adalah yang paling kompleks dan mencabar secara teknikal dalam sejarah penerbangan.

Katanya, Malaysia dengan kerjasama pasukan antarabangsa meneruskan pencarian pesawat tersebut dan kita tidak akan melupakan perjuangan mereka yang membantu.

"Kepada mereka yang tersebut bekerja tanpa mengenal erti putus asa untuk mencari MH370, terima kasih, " katanya.

Beliau berkata, kekurangan jawapan dan bukti kukuh seperti serpihan bangkai pesawat menjadikan perkara itu sukar diterima waris keluarga.

"Hari ini, kita bersatu dalam mengingati dan menghormati kesemua 239 orang termasuk 50 rakyat Malaysia dalam pesawat MH370.

"Doa kita bersama mereka dan orang tersayang yang ditinggalkan, yang kita sama-sama berkongsi kesedihan," katanya dalam satu kenyataan sempena genap setahun kehilangan MH370 8 Mac tahun lalu, pada Ahad.

Najib Tun Razak, MH370, MAS

Artikel Sebelum

Artikel Lain