suria

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Masih Belum Pulih - Syabas

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air di wilayah Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang masih belum pulih berikutan loji rawatan air Sungai Semenyih belum dapat beroperasi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan malam Sabtu memaklumkan kawasan terbabit dijangka sekali lagi berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual.

"Lembaga Urus Air Selangor (Luas) pada Sabtu memaklumkan loji rawatan air Sungai Semenyih yang ditutup 5 petang tadi dijangka beroperasi semula 9.30 malam ini, bagaimanapun loji terbabit masih belum beroperasi sehingga kini," menurut kenyataan itu.


Justeru SYABAS akan menyediakan 49 lori tangki untuk penghantaran bantuan bekalan air kecemasan ke 39 kawasan di wilayah Petaling, 72 kawasan di Kuala Langat, 209 kawasan di Hulu Langat, dan 86 kawasan di Sepang.

Pengguna di kawasan terjejas boleh melayari laman web Syabas, Facebook atau Twitter untuk mendapatkan status terkini dari semasa ke semasa.

gangguan air, Syabas, Selangor

Artikel Lain