suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib, Ketua Umno Bahagian Hadir Mesyuarat Tertutup

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian tiba di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn di sini bagi menghadiri mesyuarat tertutup yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ucapan Presiden Umno itu dijangka akan menyentuh isu berkaitan ekonomi dan solidariti parti itu.

Beliau juga dikatakan akan menjelaskan isu berkaitan 1MDB, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kepada The Star Online.

Pada masa sama, Bung Mokhtar menolak khabar angin bahawa perjumpaan itu bagi menghalang cubaan untuk menentang Najib.

Jemputan untuk perjumpaan khas itu diberikan kepada semua 191 ketua Umno bahagian dan mesyuarat itu bermula kira-kira pukul 4 petang.

Sebelum ini, perjumpaan sama pernah diadakan terutama ketika  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkritik pentadbiran Najib.

Antara ketua Umno bahagian yang hadir adalah kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai 'setiakawan' melibatkan penyokong Najib sejak beliau menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno pada 1980an.

Umno, Najib Razak, 1MDB, Menara Dato Onn

Artikel Lain