suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Sahabat Dibebaskan Tuduhan Miliki 23.6 Gram Dadah

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, pada Ahad melepas dan membebaskan dua sahabat daripada pertuduhan memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines, yang didakwa dilakukan mereka pada 31 Oktober 2012 lalu.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, selepas mendapati timbul keraguan munasabah dalam pembelaan terutama berhubung fakta pemilikan dadah oleh tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh, See Boon Chin, 33 dan Lee Chia Yoong, 39, melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang 31 Oktober 2012 dengan memiliki 23.6 gram dadah membabitkan 19.9 gram heroin dan 3.7 gram monoacetylmorphines di sebuah rumah di Taman Samudera, di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nuur Hafiedzah Md Daud, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.
dadah, bebas

Artikel Sebelum

Artikel Lain