suria

MH370: Laporan Interim Dikeluarkan

Kok Soo Chon.
PETALING JAYA:  Pasukan penyiasatan bebas yang menyiasat kes insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mengeluarkan satu kenyataan interim, genap setahun kehilangan misteri pesawat tersebut.

Pasukan tersebut diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Kok Soo Chon.

Laporan sepanjang tiga muka surat itu dikeluarkan dengan matlamat utama penyiasatan itu bagi mengelakkan berlaku kemalangan atau insiden pada masa hadapan.

Dalam siaran langsung di RTM1 pada Ahad, Kok berkata untuk menyediakan laporan tersebut seramai 19 individu mengumpul pelbagai rekod dan maklumat mengenai penyelenggaraan pesawat dan radio kawalan trafik udara serta pelbagai rakaman.

Beliau berkata kira-kira 120 individu termasuk kakitangan MAS, DCA, waris keluarga mangsa nahas turut ditemubual.

Kok berkata pasukan siasatan menganalisis semua data dan maklumat yang dikumpul.

"Dalam tempoh beberapa bulan ini, pasukan siasatan perlu menganalisis untuk membuat kesimpulan dan cadangan keselamatan berdasarkan fakta maklumat yang dikumpul.

"Sebagai tambahan kepada fasa analisis dan kesimpulan penyiasatan itu, beberapa langkah akan diambil termasuk pengesahan lanjut maklumat mengenai penemuan bukti terbaharu," katanya.

Laporan interim penuh dan fakta maklumat berhubung siasatan MH370 boleh diakses di laman web Kementerian Pengangkutan iaitu http://www.mot.gov.my.

MH370, MAS, Kok Soo Chon

Artikel Berikut

Artikel Lain