suria

Krisis MIC: Zahid 'Hentam' Palanivel

Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel tetap dengan pendirian untuk melaksanakan langkah penyelesaian yang dipersetujui bagi menangani krisis dalaman parti itu.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada mesyuarat yang diadakan 4 Februari lalu bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan pemilihan semula parti itu, bagaimanapun kini, Palanivel dikatakan mengubah pendiriannya.

"Berhenti berubah fikiran dan selesaikan masalah yang ada, bukannya memfailkan semakan kehakiman terhadap arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Berlaku adil kepada ahli parti dan komuniti India keseluruhannya. Sebaiknya biarkan parti dipimpin mereka yang layak dan dipilih ahli," katanya.

Ahmad Zahid juga mempersoalkan keupayaan Palanivel dalam menangani tuntutan komuniti India sedangkan krisis dalaman parti juga gagal ditangani.

Dilaporkan Pengarah Stategik MIC, A.K Ramalingam memfailkan kes terhadap RoS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, meminta menarik balik arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Tindakan itu dilakukan beberapa hari selepas parti itu bersetuju untuk mematuhi arahan RoS dan mengadakan pemilihan semula.

Ahmad Zahid Hamidi, Palanivel, MIC, RoS

Artikel Sebelum

Keputusan STPM Diumum 2 Mac

Artikel Berikut

Artikel Lain