suria

Serbuan Di Klinik Permatang Pauh Tiada Motif Politik - KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan serbuan yang dijalankan di klinik swasta di Permatang Pauh pada Isnin tidak bermotifkan politik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, serbuan itu dijalankan susulan aduan yang diterima berkaitan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerana ia tidak mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Seorang doktor yang juga bakal calon Bebas untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil kawasan itu melaporkan perkara itu dengan mendakwa pihak berkuasa kesihatan negeri merampas data pesakitnya.

Beliau mendakwa, klinik itu tidak dapat beroperasi ketika ini kerana data semua pesakit diambil dalam serbuan itu dan pihaknya tidak menyimpan salinan data itu.

Noor Hisham berkata, pasukan penguatkuasaan ke klinik itu untuk mendapatkan bukti terhadap aduan yang diterima pihaknya.

"Kementerian bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kuasa perkhidmatan kesihatan yang disediakan bukan saja membabitkan kemudahan yang disediakan kerajaan, malah pihak swasta," katanya.




Permatang Pauh, klinik, MMC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain