suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Berdepan Lima Tuduhan Rasuah

BALIK PULAU: Seorang anggota polis didakwa dengan lima tuduhan kerana menerima rasuah antara RM100 dan RM700 daripada wanita warga Indonesia tahun lalu.

Konstabel Muhammad Shaparin Sulaiman, 24, dari Paya Terubong, Air Itam berkhidmat di Balai Polis Air Itam mingga dibicarakan atas semua lima pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pertuduhan pertama, anggota polis itu menafikan meminta Rm700 daripada Lestari Budiharto sebagai habuan kerana tidak mengambil tindakan terhadap wanita yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di Balai Polis Air Itam pada 11 Oktober lalu.

Dia juga didakwa menerima wang daripada wanita sama beberapa kali di lokasi dan masa berbeza termasuk di Bukit Bendera.

Hakim Mahkamah Sesyen, Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan kes.

Artikel Sebelum

Artikel Lain