70 Remaja Terlibat Dadah Ditahan Di Kelantan - Semasa | mStar

70 Remaja Terlibat Dadah Ditahan Di Kelantan

KOTA BAHARU: Polis menahan 70 remaja termasuk 16 pelajar kerana terbabit dengan pengedaran dadah terutama pil kuda di Kelantan dalam tempoh kira-kira dua bulan ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kesemua suspek yang ditahan dari Januari sehingga semalam berumur di bawah 18 tahun.

"Penglibatan pelajar dalam kegiatan tidak sihat itu dipercayai akibat terpengaruh dengan sogokan lumayan yang ditawarkan sindiket.

"Mereka (sindiket) menggunakan aplikasi laman sosial seperti Facebook dengan menawarkan ganjaran lumayan seperti wang yang banyak, motosikal, kereta mewah dan wanita cantik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Saya Benci Dadah peringkat belia sekolah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini pada Selasa.

Beliau berkata kebanyakan pelajar yang mudah terpengaruh dengan janji sindiket terdiri daripada pelajar yang kematian bapa, miskin serta mempunyai latar belakang agama yang lemah.

Mazlan berkata sindiket dipercayai didalangi bekas pelajar sekolah yang menjadi orang tengah kepada sindiket yang lebih besar.

Beliau berkata sebelum ini terdapat kes membabitkan remaja berusia 19 tahun yang ditahan di Pasir Mas kerana memiliki heroin dan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Remaja , Dadah

Artikel Sebelum

Bayi Mati Didera

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain