suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Premis BritishIndia Di Suria KLCC Kekal Sehingga Perbincangan Diadakan

KUALA LUMPUR: Jenama fesyen BritishIndia akan terus kekal berada di ruang niaganya di Suria KLCC, sementara menunggu perbincangan dengan pengurusan pusat beli-belah itu berhubung rancangan penempatan semula premis induknya.

Peguam mewakili BritishIndia N. Sivaraj memberitahu pemberita pada Selasa bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan tidak rasmi untuk 'mengekalkan status quo' sementara menunggu perbincangan lanjut.

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan mendengar permohonan BritishIndia mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang pengurusan Suria KLCC mengusir butik berkenaan dari premisnya.

Hakim Nor Bee Ariffin telah menetapkan 29 Jun dan 30 untuk saman utama.

BritishIndia mendakwa menerima notis untuk mengosongkan premis dalam tempoh empat hari pada Julai tahun lalu, sejurus selepas membayar sewa untuk bulan berkenaan dan masih cuba berunding dengan pengurusan Suria KLCC.

Syarikat pakaian itu adalah salah sebuah penyewa asal di pusat beli-belah itu yang berjaya menyewa premis di situ selama 16 tahun.
BritishIndia, N. Sivaraj

Artikel Berikut

Artikel Lain