Pemimpin Pakatan Perlu Bertemu Bincang Isu Hudud - Semasa | mStar

Pemimpin Pakatan Perlu Bertemu Bincang Isu Hudud

PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertemu dan berbincang mengenai isu hudud yang dilihat sebagai satu ancaman yang akan memecahbelahkan pakatan pembangkang sekiranya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Mac ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata langkah terbaik adalah semua pemimpin pembangkang perlu berbincang dan mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut.

"Kami belum sampai ke tahap dimana seorang ahli  (parti) digugurkan atau seorang ahli diminta untuk meninggalkan parti. Kami tiada peraturan bertulis mengenai perkara ini," katanya.

PAS dilaporkan akan membentangkan rang undang-undang tersebut pada persidangan DUN Kelantan pada Mac sebelum memperlihatkannya kepada PKR dan DAP.

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo pada Ahad memberi amaran kepada PAS bahawa parti itu bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Rakyat sekiranya mereka meneruskan rancangan untuk membentangkan pelaksanaan hukum hudud di DUN Kelantan.

Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Datuk Hassan Mohamood berkata PAS masih mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan dan DAP hanya perlu menerima bahawa hudud adalah sebahagian daripada perjuangan PAS yang tidak boleh dihalang atau disekat.

Dalam kenyataannya, Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata enakmen tersebut tidak mendapat sokongan Pakatan Rakyat dan ia bukanlah sebahagian daripada dasar bersama mereka.




Artikel Sebelum

Kempen Penurunan Harga Selama Sebulan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain