Lebih Baik Shafee Berbahas Dengan Majlis Peguam - Semasa | mStar

Lebih Baik Shafee Berbahas Dengan Majlis Peguam

KUCHING: Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sepatutnya mengadakan debat terbuka dengan Majlis Peguam berhubung kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, debat terbuka itu akan menamatkan spekulasi mengenai kes itu.

"Cadangan saya supaya ia dihentikan. Mengapa mereka tidak berbahas (antara Shafee dan Majlis Peguam)....sekali untuk semua. Biarkan orang mendengar hujah mereka," kata Nancy kepada pemberita di sini pada Khamis.

Nancy berkata kerajaan tidak meminta Shafee untuk menjalankan forum awam dan peguam itu setakat ini hanya bercakap berdasarkan jemputan pihak lain.

"Shafee pergi berdasarkan permintaan. Kami (Kerajaan) hanya meminta beliau bercakap sekali untuk kumpulan antarabangsa," katanya.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Artikel Sebelum

34 Rakyat Asing Ditahan Dalam Ops Rantau

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain