Polis Tahan Wanita Berjalan Bogel Di KL - Semasa | mStar

Polis Tahan Wanita Berjalan Bogel Di KL

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warga Indonesia, dipercayai kurang siuman, yang berjalan dalam keadaan bogel di ibu kota Jumaat lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata, wanita berusia lingkungan 20-an itu kemudian diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan mental.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, wanita itu berjalan dari Masjid Negara ke Kampung Attap di sini sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu.

"Kami mendapat maklumat berkenaan daripada polis trafik yang bertugas ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata hasil siasatan ke atas wanita berkenaan, polis mendapatinya mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Baru-baru ini sebuah video berdurasi 12 saat menjadi viral di laman sosial WhatsApp yang memaparkan seorang wanita bogel berjalan di tengah-tengah jalan raya di ibu kota.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Anwar Tak Bersalah, Dizalimi - Nurul Nuha

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini