suria

Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh Dipenjara Tiga Bulan

Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah atas dakwaan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah kepada tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Hakim Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir pada Jumaat.

Md Raus membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang membebaskan Ahmad Ramzi pada Disember 2013.

Hukumannya akan berjalan serentak bermula Jumaat.

Ahmad Ramzi didakwa atas tiga pertuduhan menghantar SMS berbaur ugutan dan satu berbentuk fitnah.

Artikel Lain