Kerajaan Pastikan Kaum India Terus Maju, Lindungi Bahasa, Budaya - PM - Semasa | mStar

Kerajaan Pastikan Kaum India Terus Maju, Lindungi Bahasa, Budaya - PM

Najib menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil ke-9 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada Jumaat.-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan masyarakat India Malaysia akan terus maju dan pada masa sama melindungi bahasa dan kebudayaan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Perdana Menteri berkata masyarakat India Malaysia telah banyak menyumbang terhadap kemajuan negara ini dan mereka turut maju seiring dengan kemajuan negara ini.

"Masyarakat India Malaysia adalah anak-anak bumi ini. Kerajaan sentiasa memastikan ia menjalankan tanggungjawabnya dalam menjamin kesejahteraan semua warganegaranya," katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil Ke-9 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini Jumaat.

Najib berkata kerajaan sentiasa memperjuangkan dasar pelbagai kebudayaan dan pelbagai bahasa di Malaysia.

"Kami berterusan menggalakkan penggunaan bahasa ibunda terutama dalam sistem pendidikan, dan memberikan semua bantuan yang diperlukan kepada pelbagai kumpulan etnik bagi memastikan bahasa mereka diamalkan dan dipelihara," katanya.

Saya bangga untuk menyatakan bahawa masyarakat Tamil di Malaysia telah berjaya melindungi dan memelihara bahasa dan kebudayaan mereka," kata Najib.

Beliau berkata pelajar di Malaysia berpeluang untuk belajar bahasa Tamil sejak di peringkat prasekolah sehingga peringkat pengajian tinggi, dan kini terdapat 523 buah sekolah rendah Tamil di Malaysia, yang termaktub dalam sistem pendidikan Malaysia. 

"Pada April tahun ini, kita akan menyaksikan tambahan kepada angka ini apabila sebuah sekolah rendah Tamil di Lunas, Padang Serai, Kedah, mula beroperasi.

Selain daripada itu, kerajaan juga telah meluluskan penubuhan enam buah sekolah rendah Tamil yang baharu," katanya.

Najib berkata status sosio-ekonomi masyarakat India juga telah mengalami perubahan signifikan selama ini, terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Misalnya, masyarakat India Malaysia merupakan 11.1 peratus daripada kalangan profesional di negara ini. Dalam profesion perundangan dan perubatan juga banyak daripada kaum India.

"Juga terdapat banyak tokoh terkemuka daripada masyarakat itu yang telah melakukan sumbangan besar dan pencapaian signifikan dalam bidang pendidikan, perniagaan dan sukan.

"Kemajuan dan transformasi masyarakat India merupakan perjalanan berterusan dan banyak lagi pencapaian penting dan besar perlu dicapai," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk membantu masyarakat India, menyedari perlunya untuk menangani pelbagai isu dihadapi masyarakat itu dan memastikan mereka terus maju.

"Inisiatif ini termasuk Jawatankuasa Kabinet bagi Masyarakat India, yang dipengerusikan oleh saya, untuk memastikan masyarakat ini maju sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi," katanya.

Sebanyak 1,500 peserta, beberapa daripada mereka merupakan pembentang kertas kerja, dari Malaysia dan 20 negara lain menghadiri persidangan empat hari itu yang bermula Khamis.

Ini adalah kali ketiga Malaysia dipilih menjadi tuan rumah persidangan selepas 1966 dan 1987. 

Dua Khas Malaysia bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu, ialah pengerusi penganjur persidangan.

Turut hadir Menteri Kanan Negara, Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Pendidikan Singapura Indranee Rajah.

Najib Tun Razak , India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kerajaan Gagal Dalam Saman Terhadap Bersih

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain