Pencerobohan Lahad Datu: Tertuduh Miliki Kad Pengenalan Palsu - Saksi - Semasa | mStar

Pencerobohan Lahad Datu: Tertuduh Miliki Kad Pengenalan Palsu - Saksi

- Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Seorang pegawai Cawangan Khas (SB) Selangor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa seorang tertuduh dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu memiliki kad pengenalan Malaysia yang palsu ketika ditangkap di Kampung Simunul di Semporna.

Inspektor Roslan Sarail berkata Totoh Hismullah adalah antara empat lelaki ditahan pada 28 Mac, 2013 dalam operasi pembersihan dan bancian yang dilakukan oleh pasukan keselamatan di kawasan sekitar insiden yang berlaku pada 2 Mac 2013.

"Setelah saya jalankan operasi, saya dapati sepasukan Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah menangkap empat lelaki dan diletakkan di satu kawasan lapang berhampiran gelanggang bola keranjang di laluan keluar Lorong 5, Kampung Sri Jaya, Simunul)," kata saksi itu.

Pegawai SB itu berkata demikian dalam perbicaraan membabitkan 30 tertuduh iaitu 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan yang menghadapi pelbagai pertuduhan berkaitan pencerobohan oleh kumpulan militan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari, 2013.

Roslan berkata tiga lagi yang ditangkap bersama-sama Totoh tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis Semporna.

Setelah memeriksa kad pengenalan yang ditemukan pada tertuduh semasa dia ditangkap, ia didapati palsu, katanya.

Beliau memberithau mahkamah bahawa Totoh disyaki terbabit dalam kejadian 2 Mac itu yang meragut nyawa enam anggota keselamatan dalam satu serbuan di Kampung Sri Jaya, Simunul.

Katanya beliau dimaklumkan tentang pembabitan Totoh dalam kejadian itu semasa taklimat oleh pegawai kanan SB Bukit Aman, SAC Cheong Koon Kock pada petang 27 Mac 2013 di ibu pejabat polis Semporna.

Antara pertuduhan yang mereka hadapi adalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menganggotai kumpulan pengganas, merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas yang didakwa dilakukan antara 12 Feb hingga 10 April 2013.

Perbicaraan dihadapan Hakim Stephen Chung, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah, bersambung esok.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA