suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKNS Teliti Semula Penamatan Kontrak 12 Bekas Kakitangan PHSB

Antara pegawai PKNS bergambar selepas sidang media mengenai pegawai PKNS yang ditamatkan kontrak di Jabatan Perhubungan Perusahaan negeri Selangor pada 5 Februari lalu. Foto: BERNAMA

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan meneliti semula penamatan kontrak 12 daripada 19 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang dibuat pada Februari tahun lepas. 

Ini diputuskan pada mesyuarat anggota perbadanan itu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali pada Khamis lepas, menurut Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim dalam satu kenyataan pada Rabu.  

Beliau berkata pihak pengurusan PKNS akur dengan arahan tersebut dan memutuskan untuk melakukan siasatan lebih terperinci berhubung proses serta tatacara penamatan kontrak kakitangan berkenaan.  

Katanya, tiga daripada 19 kakitangan itu kini berkhidmat di PKNS dan anak syarikat perbadanan tersebut bersesuaian dengan kelayakan dan keperluan kedua-dua pihak.  

"PKNS juga sedang menjalankan proses temuduga empat lagi bekas kakitangan PHSB bagi mengisi kekosongan pada mana-mana anak syarikat PKNS mengikut keperluan. 

"Namun, nasib 12 lagi bekas kakitangan PHSB sedang diteliti perbadanan yang bercadang untuk menyelesaikannya di luar mahkamah," katanya.  

Kumpulan 19 kakitangan kontrak PHSB itu dipecat dengan notis 24 jam tanpa sebab munasabah.  

PKNS pada ketika itu dilapor menyatakan tindakan berkenaan dilakukan sebagaisatu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas.  

PKNS, PHSB

Artikel Lain