suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kastam KLIA Patahkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM5.4 Juta

Chik Omar Chik Lim (tengah) menunjukan rampasan dadah dalam bagasi dari Lagos bernilai RM5.4 juta di Kompleks Kastam KLIA pada Rabu.

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup dadah bernilai kira-kira RM5.4 juta dalam sebuah bungkusan di gudang Mas Kargo, KLIA, Isnin lepas. 

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata bungkusan yang tiba dari Lagos, Nigeria pada 3 Jan itu, dialamatkan di sebuah premis di kawasan Serdang, Selangor yang dipercayai atas penama seorang warga asing.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati alamat premis itu tidak wujud dan nombor telefon bimbit juga gagal dihubungi.

Bungkusan itu juga tidak dituntut dan pengimport gagal dihubungi, katanya dalam kenyataan pada Rabu.

"Pada Isnin lepas, pegawai JKDM menahan dan memeriksa bungkusan tersebut yang berupa kotak kayu yang didalamnya mengandungi sebuah bagasi pakaian.

"Hasil pemeriksaan teliti ke atas bagasi tersebut menemui serbuk kristal putih yang mana setelah diuji ia positif dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 28.2 kilogram," katanya.

Chik Omar berkata JKDM bekerjasama dengan polis bagi tujuan mengesan pemiliknya dan sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati, katanya. 

Kastam KLIA, Dadah

Artikel Lain