suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Jumaat

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang di perairan Pahang, Johor Timur, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, dan Kudat) serta Labuan dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut jabatan itu, angin Timur Laut dan laut bergelora (kategori pertama) berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir di perairan Terengganu, Pahang dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Rejang) pula dijangka betererusan sehingga awal petang ini, menurut kenyataan jabatan itu.

Pada masa sama angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


Angin Kencang, Meteorologi

Artikel Berikut

Artikel Lain