Harga Nasi Campur RM23 Sepinggan, Naik Hampir Lima Kali Ganda - Semasa | mStar

Harga Nasi Campur RM23 Sepinggan, Naik Hampir Lima Kali Ganda

TANAH MERAH: Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam.
 
"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini.

"Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini.

Pasar Besar Tanah Merah di sini yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu.

Seorang suri rumah, Rahaya Samsudin, 47, bagaimanapun berkata tidak banyak barangan basah yang dijual dan jika ada pun ia agak mahal sedikit dan berharap keadaan itu akan pulih segera.
 
"Ayam sekilogram pun hampir RM8. Harga mahal ini sedikit membebankan kami. Mana nak bersih rumah dan mahu guna duit membelikan perkara yang perlu dibebani pula dengan harga barangan yang mahal,' katanya.

Kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol.

Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah.

Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15.

Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter.
nasi campur , naik , lima kali ganda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain