suria

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Bogel

BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel ditemui di perairan Guar Perahu, Kampung Labuh Banting kira-kira 11.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, penemuan mayat itu hasil maklumat orang awam dan dipercayai lelaki terbabit telah mati lemas sejak tiga hari lepas. 

"Tiada kesan kecederaan pada mayat dan identiti mangsa belum diketahui, dipercayai warga asing kerana dia memakai tangkal," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain