Sidang Khas DUN Kelantan Berkaitan Hudud Ditangguhkan - Semasa | mStar

Sidang Khas DUN Kelantan Berkaitan Hudud Ditangguhkan

Ahmad Yaakob.
KOTA BARU: Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi membentangkan perlaksanaan Hukum Hudud yang dijadualkan pada Isnin depan ditangguhkan berikutan situasi banjir yang semakin buruk.

Mentri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob berkata, hampir kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sedang sibuk membantu penduduk di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir.

Beliau juga mengisytiharkan Ahad ini (esok) sebagai cuti khas.

Pada Rabu, Ahmad menafikan khabar angin bahawa persidangan khas tersebut akan dibatalkan berikutan situasi banjir yang kritikal.

Persidangan tersebut diadakan untuk membincangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993, sebelum rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen PAS.
Hukum Hudud , Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain