suria

Terengganu Arah Batal Semua Majlis Hiburan Ambang 2015

Daerah Kemaman kini antara kawasan paling teruk dilanda banjir sehingga menyebabkan rumah penduduk di Bandar Baru Bukit Mentok ditenggelami air.Foto: BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkansemua acara dan majlis berbentuk hiburan termasuklah sambutan ambang tahun baharu 2015 dibatalkan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) Samiun Salleh berkata pembatalan itu adalah berikutan dengan bencana banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri.

"Kerajaan negeri sekarang ini memfokuskan kepada keadaan (dan membantumangsa) banjir yang melanda di daerah-daerah dalam Terengganu.

"Oleh itu kerajaan telah mengarahkan agar segala anjuran berbentuk hiburan termasuklah program sambutan ambang tahun baharu yang kita (kerajaan negeri) telah rancang akan turut dibatalkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Samiun yang juga Pemangku Datuk Bandar Kuala Terengganu berkata tidak wajar sekiranya sebarang acara berbentuk hiburan dianjurkan dalam waktu ketika ramai penduduk ditimpa musibah banjir.

banjir terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain