suria

'I am #26' Bantu Terangkan Undang-Undang Islam

Tariq Ismail (kanan) bersama anak perempuannya, Tijan Jauharah.
PETALING JAYA: Petisyen online, 'I am #26' yang diwujudkan oleh 25 individu Melayu terbilang menggesa kerajaan segera memulakan dialog nasional mengenai kedudukan undang-undang Islam bagi mengurangkan jurang perkauman dalam isu berkenaan. 

Tariq Ismail, yang juga cucu kepada Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan pengasas Aura Merdeka, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewujudkan petisyen berkenaan berkata usaha tersebut bukan bertujuan untuk memburukkan perbezaan pendapat di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. 

"Tujuan kami mewujudkan petisyen tersebut adalah untuk menghantar mesej dan sokongan kepada kumpulan G25 (G25). 

"Bagaimanapun, kami berharap perbincangan tidak hanya tertumpu kepada hudud dan hak asasi semata-mata tanpa menghargai perasaan orang Islam, yang sering diberikan label imej negatif oleh sesetengah pihak. 

"Kami mahu suasana debat yang aman ketika membincangkan isu mengenai Islam," katanya ketika dihubungi. 

Setakat pukul 7 malam Khamis, lebih 4,000 individu telah menandatangani petisyen online berkenaan. 

Kumpulan 25 tersebut terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, duta, pakar akademik dan aktivis hak asasi, telah menghantar surat terbuka kepada The Star 8 Disember lalu menyatakan kekecewaan mereka berhubung pertikaian yang tidak berkesudahan berhubung kedudukan dan permohonan undang-undang Islam di negara ini. 

Tariq berkata kumpulan berkenaan tidak diwujudkan untuk menimbulkan perpecahan di kalangan agama dan negeri mahupun menjadikan Malaysia sebuah negara sekular. 

"Sebagai contoh, kita lihat bagaimana fatwa mengenai isu yang sama dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri kadangkala berbeza, kita ingin tahu mengapa kita tidak boleh satukan di peringkat pusat supaya kita lebih jelas mengenai pelaksanaannya," katanya. 

Ditanya bagaimana timbulnya idea untuk mewujudkan petisyen berkenaan, Tariq berkata salah seorang ahli kumpulan tersebut, Lyana Khairuddin telah bertemu dengannya dan mula memberikan idea untuk mewujudkannya , hal ini kerana dia sudah letih untuk berdebat mengenai isu perkauman dan agama yang dilihat tidak ke mana-mana. 

Tariq berkata beliau hanya mewujudkan undian di akaun Facebook Aura Merdeka dan sejak itu mereka mula mendapat perhatian banyak pihak. 

"Lyana berkata dia hanya berharap sekitar 1,000 tanda tangan berjaya diperolehi namun saya berkata kita harus mempunyai sasaran yang lebih besar untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan," kata Tariq. 

Ketika ditanya mengenai pengaruh almarhum datuknya terhadap pandangan beliau mengenai negara ini, lelaki berusia 37 tahun ini menjadikan sering merujuk kepada buku 'The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail dan His Time'. 

"Datuk saya mempunyai visi terhadap Malaysia, namun agak keberatan untuk menyertai politik kerana ia sangat mengelirukan, kesannya orang akan kata saya seorang ahli politik yang degil, bahagian 2," katanya sambil tergelak kecil. 

Mengenai kumpulan Aura Merdeka, TAriq berkata dia mewujudkan akaun Facebook tersebut setahun yang lalu sebagai sebahagian daripada kajiannya dalam bidang sosiologi kerana beliau ingin mendapat maklumat yang lebih jelas tentang rakyat. 

Kumpulan tersebut mempunyai kira-kira 400 ahli, yang terdiri daripada peguam, saintis, dan tokoh ilmuan Islam dan ia juga terbuka kepada orang awam. 

"Kami mahu ia menjadi jambatan kepada masyarakat Cina, Melayu dan komuniti lain, antara masyarakat Islam, Kristian dan penganut agama lain; serta antara mereka yang menyokong parti pemerintah dan parti pembangkang. 

"Kami mahu menolong semua pihak mencari jalan penyelesaian dalam isu mengenai agama, bangsa, kerana dilihat seperti memandang ke belakang dalam isu ini," kata Tariq. 


Artikel Berikut

Artikel Lain