suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna Khidmat Daftar Masuk Layan Diri Musim Cuti - AirAsia

KUALA LUMPUR: Semua penumpang AirAsia digesa menggunakan perkhidmatan daftar masuk layan diri menerusi laman web atau peranti mudah alih syarikat penerbangan itu pada musim cuti ini berikutan kemungkinan kesesakan kaunter di lapangan terbang.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, AirAsia berkata, peningkatan ketara bilangan penumpang ketika musim cuti ini boleh menjejaskan pergerakan serta menyebabkan kelewatan ketibaan penumpang di pintu yang ditetapkan.

"Perkhidmatan Daftar Masuk Layan Diri dan di laman web kami boleh digunakan dalam tempoh 14 hari ke atas serta sejam lebih awal sebelum berlepas bagi semua penerbangan AirAsia. Malah, ia juga boleh digunakan empat jam sebelum berlepas bagi perkhidmatan AirAsia x," katanya.

Penerbangan tambang rendah berkata, kesemua kiosk daftar masuk turut disediakan di semua lapangan terbang Malaysia, termasuk klia2 bagi kegunaan pelanggannya.

Penumpang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan mereka dan melengkapkan semua keperluan perjalanan seawal mungkin bagi mengelak kemungkinan terlepas pesawat berikutan kesesakan.

AirAsia, daftar masuk, layan diri, klia2

Artikel Lain