suria

Lelaki bergelar Datuk Dirempuh Sebelum Disamun

KAJANG: Seorang pegawai Jabatan Kerja Raya bergelar Datuk  mengalami kecederaan selepas diserang di rumahnya  di Sungai Sikamat, pagi Rabu.

Menurut sumber, pegawai yang berusia 59 tahun itu berada di dalam kereta Proton Inspiranya ketika kejadian dirempuh oleh penyerang lelaki yang menggunakan kereta Toyota Vios kira-kira pukul 7 pagi. 

Sejurus dirempuh, penyerang tersebut memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu dan memukul mangsa dengan menggunakan sebatang kayu.

"Penyerang itu mula memukul Datuk dengan kayu selepas cermin keretanya dipecah.

"Penyerang itu melarikan diri selepas mengambil telefon bimbit dan duit Datuk," jelas satu sumber.

Difahamkan ketika kejadian isteri mangsa yang berusia 56 tahun berada di dalam rumah dan telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis selepas melihat pendarahan di hidung, kaki dan tangan.

Beliau menerima rawatan di Hospital Kajang.

Kes ini diklasifikasikan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan .

kereta Datuk dirempuh, samun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain