suria

25 Individu Beri Keterangan Kes Makan Malam PKM

GEORGE TOWN: Polis mengambil keteranggan daripada 25 individu bagi membantu siasatan berhubung majlis makan malam parajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini pada 29 November lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata antara yang direkodkan keterangan ialah Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan pihak yang terlibat menganjur majlis itu.

"Masih ada beberapa individu yang dicari bagi membantu siasatan kes ini dan polis harap mereka yang terlibat termasuk orang ramai yang menghadiri majlis itu supaya tampil membantu polis melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Semekar Budi Sejambak Memori di Dewan Komuniti Polis Marin, di Batu Uban di sini, Rabu.

Seramai 130 pegawai dan anggota polis kontijen Pulau Pinang yang bersara sepanjang tahun ini diraikan pada majlis itu.

Abdul Rahim berkata, setakat ini, laporan polis berhubung majlis makan malam itu masih kekal 24 laporan iaitu 22 dibuat di Pulau Pinang manakala dua lagi di Johor.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 505b Kanun Keseksaan," katanya.

Selain Afif, turut dikaitkan dengan majlis makan malam berkenaan ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh, Amin Ghazali.

Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam itu yang dianjurkan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malays

Artikel Lain