suria

Dua Pegawai SFC Sarawak Dipecat, Subahat Dengan Syarikat Balak

Sapuan memeriksa balak haram yang berada di kilang papan sekitar Sarawak baru-baru ini.

KUCHING: Dua pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dipecat selepas mereka didapati bersubahat dengan syarikat pembalakan melakukan penipuan kepada jabatan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak (JPS) Sapuan Ahmad berkata kedua-dua pegawai itu dibuang kerja tahun ini, dan menambah beberapa individu lain masih disiasat oleh lembaga siasatan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini selepas menyertai Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Sapuan berkata jabatan itu tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam aktiviti rasuah atau bersubahat dengan pembalak haram.

Sapuan berkata jabatan itu juga sedang menyiasat dan akan menahan mana-mana anggota yang didapati menyalurkan maklumat kepada pembalak haram.

Katanya terdapat beberapa kes apabila pegawai penguat kuasa jabatan ataupolis melakukan serbuan mereka gagal menahan pesalah kerana mereka melarikan diri sebelum pegawai penguat kuasa tiba di tempat serbuan.

Pegawai penguat kuasa JPS dikritik oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berikutan pembalakan haram dan penyeludupan balak yang semakin berleluasa di negeri itu.

Sapuan berkata buat masa ini tiada lesen balak yang dibatalkan. Beliau berkata jabatan itu menjalankan 177 serbuan di seluruh negeri tahun ini yang menyaksikan 65,407.83 meter padu kayu balak disita bernilai RM32,703,908.60 berbanding 11,216.768 meter padu atau RM5,608,389.20 tahun lepas.

"Jabatan akan meneruskan operasi dan serbuan di kawasan yang kami syaki berlaku aktiviti pembalakan haram," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen SarawakSAC Datuk Mohd Jasmani Yusof berkata polis akan bekerjasama rapat dengan JPS menjalankan serbuan di kem dan kolam balak.

Beliau berkata identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan menggesa orangawam menyalurkan maklumat kepada polis atau JPS mengenai kegiatan pembalakan haram. 

SFC Sarawak, balak haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain