suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlu Turap Semula Jalan Selepas Kerja Pembaikan - Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Pihak yang melakukan kerja pembaikandan penyelenggaraan di jalan raya di sekitar Kuala Lumpur bertanggungjawab menurapkannya kembali supaya tidak membahayakan pengguna, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata sesetengah pihak menuding jari kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tidak bertanggungjawab terhadap masalah jalan berlubang di sekitar Kuala Lumpur.

"Kita dah beritahu kepada agensi-agensi tersebut, apabila dia gali dia mesti turap semula, kadang-kadang mereka biarkan," katanya, sambil menambah antara agensi yang terbabit ialah Tenaga Nasional, Telekom Malaysia dan Syarikat Bekalan Air Selangor.

Tengku Adnan mengulas tindakan gabungan pelbagai kelab permotoran negara yang dikenali sebagai Ikatan Silaturrahim Brotherhood menurap sendiri jalan berlubang di sekitar ibu kota kerana mendakwa pihak berkuasa tempatan enggan melaksanakan tugas tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada wakil-wakil daripada sekolah rendah di Putrajaya pada Rabu, beliau berkata gabungan itu telah dimaklumkan supaya tidak melakukan kerja-kerja penurapan jalan.

"Kita telah minta mereka tak payah lakukan dan kita akan laksanakan. Walau bagaimanapun dia nak buat, dia nak buat sensasi ... ada pihak yang 'spin' (putar-belit) seperti DBKL tidak buat kerja," katanya.

Turap jalan, Kuala Lumpur

Artikel Lain