suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Afif Beri Keterangan Kes Makan Malam PKM

BUKIT MERTAJAM: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin pada Rabu memberi keterangan kepada polis berhubung majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini Sabtu lepas.

Afif berkata, beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk memberi keterangan mengenai kain rentang yang menggunakan nama dan wajahnya untuk penganjuran majlis makan malam itu.

Katanya beliau kecewa kerana gambarnya diguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sebenarnya saya juga langsung tidak tahu mengenai majlis berkenaan dan tidak terlibat dengan penganjurannya," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di sini, Rabu.

Jumaat lepas, Polis Pulau Pinang mengambil keterangan daripada 14 individu  termasuk penganjur bagi membantu siasatan berhubung majlis makan malam berkenaan selepas menerima 24 laporan polis iaitu 22 dibuat di Pulau Pinang manakala dua lagi di Johor.

Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam itu yang dianjurkan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia pada 29 November lepas.

Dr Afif Bahardin, PKM, polis

Artikel Lain