Jangan Politikkan Laporan RCI - Abdul Rahman - Semasa | mStar

Jangan Politikkan Laporan RCI - Abdul Rahman

Abdul Rahman Dahlan.

KOTA KINABALU: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta pihak pembangkang supaya berhenti mempolitikkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung isu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah.

Katanya pembangkang, termasuk ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diberi peluang untuk mengemukakan bukti berhubung isu berkenaan semasa dipanggil memberi keterangan ketika prosiding RCI namun nampaknya beliau tidak memanfaatkan ruang berkenaan sebaik-baiknya.

"Sebab itu, saya minta parti pembangkang, sebelum komen pengenai perkara ini, pergilah tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama  pada Perhimpunan Bulanan Jabatan dan Agensi Persekutuan Sabah di sini, Jumaat.

Mengenai penyelesaian isu Pati di Sabah meskipun laporan RCI sudah dikeluarkan, Abdul Rahman  yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, semua pihak mesti memahami  masalah berkenaan secara  mendalam termasuk latar belakang sosio-ekonomi Sabah yang berjiran dengan Filipina dan Indonesia serta sejarahnya.

Selain kedudukan Sabah yang begitu hampir dengan negara jiran, kedatangan Pati ke negeri itu juga antara lain disebabkan pertalian persaudaraan atau kekeluargaan masih wujud antara rakyat Sabah dengan rakyat negara jiran berkenaan.

Justeru Abdul Rahman berpandangan bahawa penyelesaian jangka panjang kepada isu Pati di Sabah boleh dilakukan sekiranya suasana politik selatan Filipina dalam keadaan stabil dan pelaksanaan dasar memakmurkan negara jiran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?