suria

Pembunuhan Warga Myanmar Di P.Pinang: Dua Lagi Suspek Ditahan

Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi (kanan) memuji laporan berita akhbar The Star mengenai pembunuhan warga Myanmar pada sidang akhbar di lokasi kejadian di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Jumaat. -foto THE STAR/Asri Abdul Ghani
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lagi warga Myanmar berkaitan pembunuhan rakan senegara mereka, menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan setakat ini seramai 17 orang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-dua suspek yang berusia 40-an ditahan pada malam Khamis.

"Dalam operasi the 'Ops Kelar' kita memberi tumpuan kepada 18 kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di Pulau Pinang," kata Abdul Rahim kepada pemberita di Kampung Pisang di Machang Bubok selepas melawat rumah di mana suspek membunuh dan memotong mayat kepada beberapa bahagian sebelum dibuang tempat lain untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak polis.

Beliau berkata dengan penangkapan suspek, polis berjaya menyelesaikan lapan kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar.

Beliau menambah, kes pembunuhan 18 warga Myanmar telah didorong oleh dendam ekoran kejadian masa lalu.

Artikel Lain