suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukit Aman Ambil Alih Kes Bunuh Warga Myanmar Jika Perlu

Noor Rashid Ibrahim.

PUTRAJAYA: Kes-kes pembunuhan kejam membabitkan warganegara Myanmar di Pulau Pinang masih dalam siasatan kontinjen polis negeri itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Namun sekiranya keadaan memerlukan, ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman akan mengambil alih siasatan berhubung kes-kes pembunuhan itu.

"Kita masih lagi memantau keadaan sekiranya perlu Bukit Aman akan ambil alih," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan media mengenai laporan beberapa kejadian pembunuhan kejam melibatkan warganegara Myanmar di Pulau Pinang yang disebabkan dendam dan mempunyai kaitan dengan perkembangan di negara asal mereka.

Laporan turut menyatakan seorang suspek mengaku membunuh tiga orang mangsa senegara, selepas kecewa dengan konflik di negara asal yang mengorbankan enam ahli keluarganya pada tahun lepas.

Terdahulu Noor Rashid menghadiri sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri yang dirasmikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Lain