Pasangan Warga Emas Maut Ditetak - Semasa | mStar

Pasangan Warga Emas Maut Ditetak

BALING: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati tengah Selasa dengan kesan kecederaan dipercayai dibunuh di rumah mereka di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata mayat pasangan berkenaan ditemui anak angkat lelaki mereka berusia 24 tahun yang baru pulang dari kerja pada 12.20 tengah hari.

Dia bergegas memberitahu jiran mengenai kejadian itu.



Nashir berkata mayat Zahari Yahya, 66, dan isterinya Salmah Husin, 61, yang merupakan pesara kerajaan ditemui terbaring berasingan dalam rumah mereka.

"Mayat Zahari ditemui di ruang tamu rumah, manakala mayat isterinya ditemui terbaring di ruang bahagian dapur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai maut akibat tetakan di bahagian tengkok dan belakang.

Nashir berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan kerana setakat ini pihaknya mendapati tiada barang berharga yang hilang.

"Polis menahan seorang anak angkat mangsa untuk membantu siasatan dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. 


Baling , Tetak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Polis Tahan Suspek Kes Bunuh Warga Emas

Tiga Anggota Polis Cedera Ditetak

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!