Pasukan Khas Banteras Sindiket Menyamar Polis, Tipu Orang Awam - Semasa | mStar

Pasukan Khas Banteras Sindiket Menyamar Polis, Tipu Orang Awam

Abdul Samah Mat
PETALING JAYA: Pasukan tindakan khas membabitkan Bukit Aman  dan Jabatan Siasatan Jenayah Komesial Selangor dibentuk bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan di mana anggotanya menyamar sebagai polis dan menuntut bayaran jaminan kononnya untuk melepaskan ahli keluarga mangsa yang ditahan.

  

Sejak Oktober, sebanyak 19 kes menggunakan modus operandi sama direkodkan di sekitar Selangor membabitkan kerugian kira-kira RM295,000 dengan mangsanya di kalangan warga tua.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pasukan khas itu sedang mengesan sindiket yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan sejak 2013.

"Kita dapat kesan beberapa kes yang modus operandinya hampir sama dan siasatan dilakukan untuk memastikan sama ada ia melibatkan kumpulan atau invidudu sama.

"Kami juga menyiasat jika ada pembabitan pihak perbankan yang bekerjasama dengan sindiket itu untuk menyalurkan maklumat kewangan mangsa," katanya.

April lalu, polis Selangor mengeluarkan peringatan mengenai sindiket penipuan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, daerah itu paling banyak merekodkan kes sedemikian.

"Sindiket berkenaan menggunakan Voice Over Internet Protovol (VoIP) untuk mengklon nombor apabila menghubungi mangsa dan biasanya memperkenalkan diri sebagai Inspektor Wong atau Inspektor Faizal.

"Mereka juga akan pastikan mangsa terus di talian supaya tidak berpeluang menghubungi pihak ketiga bagi mengesahkan mengenai penahanan ahli keluarga mereka," katanya.

Terkini, seorang pesara kerugian RM100,000 apabila menyerahkan wang simpanannya kepada lelaki yang mendakwa sebagai anggota polis kononnya untuk menjamin anaknya atas kesalahan jenayah.

sindiket , Datuk Abdul Samah Mat , jaminan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain