suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cadangan Masukkan Nama Peminjam PTPTN Dalam CCRIS Bertujuan Mendidik

KUALA LUMPUR: Cadangan menyenarai nama mereka yang gagal membayar semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) perlu dilihat dalam konteks mendidik dan bukan menghukum.

Pengurus Besar Kanan PTPTN Tuan Din Tuan Mat berkata tindakan itu juga boleh menjurus kepada peminjam menguruskan kewangan masing-masing dengan lebih baik.

"Apa yang penting sekarang kita harap peminjam yang mempunyai masalah bayaran semula supaya datang berunding tentang mekanisme pembayaran secara berkala," katanya.

Jelasnya, terdapat terma dan syarat tertentu yang boleh dirunding bagi peminjam yang memikirkan mereka tidak mampu membayar semula pinjaman secara berjadual yang ditetapkan PTPTN.

Beliau berkata peminjam yang bermasalah boleh datang berbincang dengan pegawai bertugas di cawangan PTPTN berhampiran.

Bercakap di Putrajaya pada Khamis, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kira-kira 170,000 peminjam PTPTN diberi peluang berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sebelum nama mereka disenaraikan dalam CCRIS.

Menurutnya, jika dilaksanakan, tempoh tiga bulan akan diberi untuk peminjam berbincang dan seterusnya membuat bayaran sebelum nama mereka disenaraikan dalam CCRIS.


PTPTN, CCRIS

Artikel Lain