suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Solidariti Ampuh Jamin Kestabilan, Kemakmuran Malaysia - Najib

Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan hanya dengan solidariti yang ampuh lagi padu atas nama Malaysia, akan demi menjamin kesinambungan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan tanah air.

Beliau berkata ini adalah amat mustahak kerana terdapat unsur-unsur tidak bertanggungjawab yang ingin melihat perpecahan terjadi dalam kalangan rakyat.

"Pastinya, dalam kita meraikan peristiwa yang penting seperti ini, kita semua sewajarnya memperkukuhkan lagi kebersatuan antara sesama kita sebagai rakyat Malaysia.

"Sekali lagi, kita dapat menyambut Hari Malaysia dalam keadaan aman dan makmur," katanya dalam posting terbaharu di laman blog www.1Malaysia.com.my bersempena sambutan Hari Malaysia ke-51, Selasa.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau akan hadir di Dataran Kipas, Miri, Sarawak untuk bersama ribuan rakyat pelbagai lapisan dan latar belakang atas semangat cintakan negara serta patriotisme yang tinggi.

Sambutan Hari Malaysia di Sarawak turut menggunakan tema 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' kerana ia bersifat universal untuk seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia, Najib Tun Razak

Artikel Berikut

Artikel Lain