suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 5,300 Calon Rayuan Berjaya Dapat Tempat Di IPTA

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,328 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Matrikulasi/Asasi ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas mengemukakan permohonan e-Rayuan.

Menurut kenyataan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan pada Isnin, bagi sesi akademik 2014/2015, sejumlah 21,502 calon membuat permohonan e-Rayuan setelah gagal mendapat tempat di IPTA sewaktu tawaran pertama pada 12 Ogos 2014.

Jumlah 5,328 calon berjaya itu merangkumi 2,119 daripada aliran Sains dan 3,209 daripada aliran Sastera.

Secara keseluruhan, sejumlah 42,795 tempat ditawar kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi bagi sesi akademik 2014/2015 berbanding 41,573 pada sesi lepas.

Kenyataan itu menyebut dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi program ijazah pertama ialah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Prinsip itu dilaksana tanpa mengira faktor agama, bangsa, keturunan, negeri, jantina, tempat tinggal dan sebagainya, demikian menurut kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain