suria

Mahkamah Arah KPN Tahan Bekas Suami Indira Ghandi

Indira Gandhi

IPOH : Mahkamah Tinggi disini meluluskan permohonan mandamus kepada guru tadika M Indira Gandhi untuk memaksa Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap bekas suaminya, Mohd Ridzuan Abdullah dan mencari anaknya yang berusia enam tahun, Prasana Diksa.


Hakim Mahkamah Tinggi Lee Swee Seng berkata, arahan itu perlu dilaksanakan dalam tempoh seminggu dan berharap Indira Gandhi akan bertemu kembali dengan anaknya pada Hari Malaysia nanti.

"Orang awam mengharapkan Ketua Polis Negara akan menjalankan tugasnya secara adil dan tegas  tanpa rasa takut atau pilih kasih di bawah Akta Polis.

"Sempena sambutan Hari Malaysia ini,  kita boleh mengesahkan bahawa kita mempunyai sebuah negara yang melaksanakan undang-undang," jelas hakim berkenaan.

Pada 2009, Mohd Ridzuan yang juga mualaf dilaporkan mengambil Prasana Diksa dan menukar agama kanak-kanak itu serta adik beradiknya yang lain, Tevi Darsiny,12 dan Karan Dinish,11, kepada Islam tanpa pengetahuan ibu mereka.

Mohd Ridzuan yang sebelum ini dikenali K Patmanathan juga memperolehi hak penjagaan kanak-kanak itu dari Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah Tinggi selepas itu menyerahkan hak penjagaan kepada Indira Gandhi pada Mac 2010 dan mengarahkan Mohd Ridzuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.

Pada 30 Mei tahun ini, Lee mengeluarkan waran tangkap kepada Mohd Ridzuan kerana mengingkari arahan mahkamah selepas gagal berbuat demikian.

Indira Gandhi membuat permohonan arahan mandamus apabila ketua polis negara dikatakan tidak mahu mengambil berat kes ini.

indira gandhi, ridzuan abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Lain