suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Dalam Tandas

KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditinggalkan di atas siling tandas di sebuah hospital di sini, Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Supt Idris Ab Rafar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan dari pihak hospital pada pukul 7 pagi.  

"Bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu ditemui tukang cuci tandas yang melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tandas berkenaan selepas terdengar tangisan bayi.  

"Bayi itu ditinggalkan dalam kesejukan di atas siling tandas berkenaan," katanya ketika dihubungi.   

Idris berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya

jika sabit kesalahan.

Artikel Lain