suria

Wartawan The Star Penerima Anugerah Suhakam

Elantiraian Perumal

KUALA LUMPUR: Wartawan The StarElantiraian Perumal antara lapan penerima anugerah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebagai penghargaan dalam melaporkan mengenai isu hak asasi manusia.

Manakala mendiang Irene Fernandez juga turut diberi penghargaan sebagai pemenang kategori individu dalam usahanya mempertahankan hak pekerja tempatan dan juga asing, wanita serta pelarian politik.

Perumal dan Wan Noor Hayati dari Berita Harian dipilih menerima anugerah bagi laporan media cetak dalam laporan penyiasatan bagi pendedahan dalam isu hak asasi manusia yang memberi kesan kepada komuniti di peringkat akar umbi.

Stesen radio BFM89.9 menerima anugerah kategori penyiaran radio yang mempunyai laporan seimbang dalam komuniti, keadilan sosial dan juga isu kesedaran awam.

DiB (deaf-in-business) Coffee of Hawaii memenangi anguerah bagi kategori perniagaan dalam usaha menyediakan peluang pekerjaan serta kemudahan untuk orang pekak bagi mempromosikan hak-hak berdasarkan bidang perniagaan.

Markas Angkatan Bersama dari pasukan Angkatan Tentera  Malaysia mendapat penghargaan bagi kategori agensi kerajaan dalam menyediakan pendidikan tidak formal secara sukarela untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Pulau Berhala, Sandakan sejak 2009.

Hafrulidzwan Mohd Isa dipilih sebagai penerima Anugerah khas Suhakam dalam mempromosikan hak asasi manusia dan Konvensyen Hak-hak Kanak-kanak di kalangan komuniti sekolah.

Semua pemenang menerima wang tunai RM2,000, sijil dan plak.

Anugerah Suhakam 2014 diadakan sempena Hari Suhakam bagi memperingati penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia atau Akta Suhakam oleh Parlimen pada 9 September 1999.

The Star, Anugerah Suhakam

Artikel Sebelum

Sikap PAS Punca PasMa Wujud

Artikel Berikut

Artikel Lain