suria

Pakar Kardiologi Presiden Baharu SUPP

KUCHING: Pakar kardiologi Datuk Dr Sim Kui Hian dipilih sebagai presiden baharu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Selasa. 

Dr Sim, 49, yang sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung, mengambil alih daripada Tan Sri Peter Chin Fah Kui dalam pemilihan yang diadakan semasa persidangan perwakilan tiga tahun sekali, kali ke-23, di ibu pejabat parti itu di sini.

Timbalan Presiden Datuk Richard Riot, yang juga Menteri Sumber Manusia, mengekalkan jawatannya manakala Datuk Sebastian Ting mengambil alih jawatan setiausaha agung.

Perwakilan ke persidangan itu juga sebulat suara memilih Datuk Ding Kuong Hiing sebagai bendahari agung baharu untuk menggantikan Datuk David Teng Lung Chi.

Sementara itu, Tan Kai dipilih semula tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda manakala Datin Jeniffer Chee Monie pula dipilih sebagai Ketua Wanita.
SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian

Artikel Lain