suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Bunuh: Dua Rakyat Malaysia Didakwa Di Singapura

Penyiasat forensik melakukan siasatan di lokasi di mana mayat seorang lelaki ditemui di tingkat 11 tempat letak kereta di Pearl Centre. - Desmond Lim
SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia didakwa di mahkamah pada Selasa berhubung kes pembunuhan seorang lagi rakyat Malaysia, di tempat letak kereta bertingkat di Pearl Centre.

Sunder Rangasamy, 27, dan Thiagu Muniandy, 23, didakwa membunuh S. Krisnan, 47, di antara pukul 12.37 tengah malam hingga 1.13 pagi Ahad.

Mereka dipercayai telah melakukan kesalahan itu bersama dua orang lelaki yang tidak dikenali. 

Mayat Krisnan ditemui terbaring di tingkat 11 bangunan yang terletak di Eu Tong Sen Street.

Hakim Daerah Eddy Tham memberi kebenaran untuk pihak polis menyiasat lanjut kes itu selepas pihak pendakwaan memohon reman seminggu bagi pasangan itu.

Mereka akan kembali di mahkamah pada Selasa depan.

Jika sabit kesalahan, pasangan berkenaan menghadapi hukuman mati. -The Singapore Straits Times / ANN
Pearl Centre, kes bunuh, S. Krisnan

Artikel Lain