suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah JPJ Pahang Meninggal Dunia

Zakaria ketika mengagihkan cenderahati kepada pengguna jalanraya di Plaza Tol Bentong sempena Tahun Baharu Cina awal tahun ini.
KUANTAN: Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Datuk Zakaria Man meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, petang Selasa akibat kanser.

Pegawai Perhubungan Awam JPJ Pahang, Hashim Mustapha berkata, Allahyarham yang berusia 59 tahun meninggal dunia pada 5.45 petang Selasa setelah dimasukkan ke HTAA petang semalam.

"Allahyarham dikesan menghidap penyakit itu sejak enam bulan lepas dan pernah dirujuk untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur.

"Allahyarham yang bercuti sakit sejak dua bulan lepas mengadu tidak sihat petang Isnin menyebabkan keluarganya membawa beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketikam dihubungi Bernama, Selasa.

Jenazah Zakaria dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Sentul, Maran selepas Isyak.

Allahyarham, yang menjadi Pengarah JPJ Pahang sejak 2006, meninggalkan seorang balu, Datin Azimah Abdul Wahab dan lima anak.

Datuk Zakaria Man, JPJ Pahang, kanser

Artikel Lain