suria

Pas Tidak Perlukan PasMa - Suhaizan

SUBANG JAYA: PAS tidak memerlukan kewujudan badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk menggantikan parti itu di dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, hal ini kerana PasMA tidak ditubuhkan sebagai sebuah parti politik.

"Saya tak anggap ia sebagai satu (parti) yang rasmi. PasMA tak boleh ada dalam PAS. Begitu juga tak boleh ada DAP dalam DAP dan PKR dalam PKR," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai khabar angin kewujudan PasMA yang didakwa ditubuhkan untuk mengantikan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau tidak menolak wujud perbezaan pendapat dikalangan ahli parti itu sehingga mencetuskan spekulasi mengenai PasMa.

"Mungkin ada perbezaan pandangan dalam parti kita tapi apa yang kita tekankan adalah bagaimana nak urus perbezaan itu. Itu yang utama," katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan PAS perlu kekal dalam Pakatan Rakyat seperti yang dicapai sebulat suara dalam Muktamar parti pada 2008.

"Ya, PAS perlu duduk dalam Pakatan Rakyat. Kita berpegang kepada keputusan muktamar pada 2008," katanya.

PAS, PKR, DAP, Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain