suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usaha Mengeluarkan Bom Perang Dunia Kedua Giat Dijalankan

Proses mengeluarkan bom giat dilakukan.

KAJANG: Polis kini dalam proses mengeluarkan  bom yang dipercayai ditanam sejak Perang Dunia Kedua di kawasan hutan Bukit Putih, Batu 9, Cheras pada Isnin. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sepasukan pakar Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan KLIA terlibat dalam proses mengeluar dan meletupkan bom ini.

"Kami telah bersedia sejak diberitahu mengenainya pada Sabtu lalu, pukul 7 malam.

"Pasukan pemusnah bom memasuki kawasan pada pukul 10 pagi.

"Mereka telah menemui kawasan itu yang terletak di puncak bukit, selepas satu jam setengah mendaki.

"Misi masih lagi berjalan seperti mana yang diberitahu," katanya.

Abdul Rashid menambah, bom itu seberat 200 kilogram, dikenal pasti sebagai Mark 1-952.

"Diperbuat pada tahun 1952 oleh British. Kami belum menentukan sama ada ia perlu diletupkan di kawasan yang ditemui itu ataupun di tempat lain," katanya.

Polis menutup kawasan itu kepada orang ramai dan menasihatkan agar orang awam menjauhi kawasan tersebut sekurang-kurangnya 1.5 kilometer.

bom, perang dunia kedua, cheras

Artikel Lain